Piagam PELANGGAN

 

 

Kami Pasukan Pengurusan Praktikum IPG Kampus Tuanku Bainun dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan perhatian tenaga dan usaha kami untuk:

 

  1. Menyediakan Perancangan Tahunan Praktikum yang lengkap bagi semua kursus di IPG Kampus Pendidikan Tuanku Bainun berasaskan takwim Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum semester bermula.

  2. Mengeluarkan maklumat penempatan guru pelatih dan penyelia praktikum tidak lewat dua minggu sebelum tarikh sebenar praktikum.

  3. Melaksanakan taklimat kepada guru-guru pelatih khususnya kumpulan PISMP seminggu sebelum praktikum bermula.

  4. Melaksanakan taklimat kepada guru pembimbing bagi meningkatkan ketrampilan penyeliaan tidak lewat dua minggu selepas guru pelatih melapor diri ke sekolah dengan syarat ada peruntukan diberi oleh IPGM

  5. Memastikan semua pensyarah penyelia menjalankan bimbingan dan penyeliaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan mengikut program.

  6. Memastikan pemantauan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali di sekolah-sekolah yang dipilih secara rawak mengikut program.

 

 

 

 

 

© 2012 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode